Dianggarkan 50,000 Penyokong Bola Sepak Kelantan Banjiri SNBJ Sabtu ini.



Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kira-kira 50,000 penyokong pasukan kelantan akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu ini bagi perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kelantan dan Sime-Darby FC.

Presiden KAFA yang digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, Tan Sri Anuar Musa berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimanapun hanya mengeluarkan 30,000 tiket untuk perlawanan tersebut.

"setakat ini hanya 12,000 daripada 20,000 tiket telah habis ditempah sehingga hari ini dan baki 10,000 lagi dijual di Kuala Lumpur.

"berikutan itu , kita hanya menjual 8,000 tiket sahaja di kaunter Stadium Sultan Muhammad IV bermula hari ini dan esok," katanya pada sidang media sempena pelancaran CD DIkir Warriors dan jualan tiket Piala FA anjuran kelate.net.

Hadir sama naib presiden KAFA Datur Ismail Mat Nor, Pengurus pasukan Azman Ibrahim dan timbalan presiden Kelate.net Mahizi Mahmood.