Apek Bukti Masih Berbisa.

Khairul Fahmi Che Mat membuktikan masih berbisa untuk menjadi penjaga gol utama pasukan Kelantan dan Kebangsaan berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan.

Rata-rata peminat yang ditemui nyata gembira dengan prestasi terkini penjaga gol muda tersebut kerana beberapa aksi menyelamat yang diterjemahkan Khairul memberikan Kelantan kejayaan bersejarah dalam semua kejohanan yang disertai setakat ini.

Sebelum ini, prestasi pemain ini dipertikaikan penyokong kerana kegagalan menampilkan aksi berbisa malah lebih terkenal dengan berita tidak enak dari luar padang.

Namun dengan kekentalan mempertahankan pintu gol Sang Kijang pada saingan Piala FA, Liga Super dan yang terbaru, Piala AFC menyakinkan kembali para peminat bahawa pemain ini sudah kembali pada sentuhan lama.

Khairul Fahmi diminta terus memberi persembahan terpuji seterusnya membuktikan pemilihan selaku penjaga gol terbaik Asia tidak silap sama sekali. 

Sumber :-RedsfcNews-