KERAJAAN Negeri Kelantan meluluskan peruntukan RM1.1 juta untuk memasang papan keputusan elektronik bagi menggantikan papan keputusan sedia ada di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Su kan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, papan keputusan elektronik itu dijangka akan dipasang tidak lama lagi dan boleh digunakan bermula tahun depan. Menurutnya, pemasangan papan keputusan elektronik itu merupakan antara kemudahan baru yang disedia- kan untuk penambahbaikan stadium tersebut. “Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan pemasangan papan keputusan elektronik itu sejak Oktober lalu dan kerja-kerja pemasangannya pula akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya di Kota Bharu semalam. Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya juga masih menunggu maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keperluan- keperluan lain untuk menaik taraf stadium itu. Katanya, kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium sedia mengadakan pembincangan dengan FAM dalam usaha meningkatkan kemudahan di stadium yang telah mencecah 50 tahun itu. “Antara cadangan lain untuk penambahbaikan stadium itu ialah menambah bilangan tempat duduk di bahagian berbumbung. “Kerja-kerja tersebut perlukan kajian yang rapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjamin keselamatan penonton,” ujarnya.RM1.1 juta pasang papan keputusan elektronik
Post a Comment