Kelantan turun padang hari ini
KOTA BHARU – Skuad Liga Super Kelantan akan menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan bermula hari ini sebagai persiapan awal menghadapi sepak mula Liga Malaysia bermula pertengahan bulan depan.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Mohamad Noordin Awang berkata, ini perlawanan persahabatan pertama skuad Kelantan sejak bermulanya sesi latihan pada 28 November lalu.
“Kelantan apabila bertemu pasukan gabungan empat PBJ yang terdiri dalam kalangan pemain PBJ Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Machang berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala Presiden Kafa yang sedang berlangsung pada jam 4.45 petang ini di Padang Penjara, Pengkalan Chepa.
“Pada Jumaat pula, skuad Kelantan akan bertemu dengan pasukan gabungan lapan kelab berjaya layak ke perlawanan suku akhir Kejohanan Liga Antara Kelab anjuran Kafa. Perlawanan akan berlangsung pada Jumaat ini jam 4.45 petang di padang Majlis Daerah Ketereh.
“Kedua-dua perlawanan ini cukup penting bagi jurulatih, B Sathianathan bagi menilai keupayaan pasukan ini setelah menjalani latihan sejak dua minggu lalu tambahan pula Kelantan ini kini mempunyai beberapa pemain baru yang mengikat kontrak bermain bersama dengan Kelantan” katanya.
Mohamad Noordin berkata, skuad Kelantan akan bertolak ke ibu negara pada 26 Disember ini bagi menghadapi sekurang-kurangnya tiga perlawanan persahabatan dan segala urusan berkaitan hal tersebut sedang diatur bagi membolehkan peminat Kelantan di Lembah Kelang melihat aksi pasukan Kelantan.
“Daripada tiga perlawanan itu, kita sah akan bertemu dengan pasukan Harimau Muda dan Felda United FC. Sathianathan sedang berusaha untuk mengaturkan satu lagi perlawanan persahabatan untuk Kelantan,” katanya.
Sementara itu, Mohamad Noordin turut memaklumkan bahawa pihak Kafa akan mengadakan majlis memperkenalkan pemain skuad Liga Super Kelantan bagi musim 2011 pada jam 3 petang hari Khamis ini di Dewan Utama, Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) dekat sini.
“Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa sendiri akan mengetuai sesi majlis memperkenalkan para pemain kepada peminat bola sepak Kelantan. Akan ada kejutan yang berlaku dan kita berharap peminat hadir beramai-ramai ke majlis tersebut bagi mendengar sendiri pengumuman daripada beliau,” katanya.

Sinar Harian 15hb12 2010.
Post a Comment